Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 07 November 2019 17:18

PPOGRAM LATIHAN PRS PROSTAR IPT 2019 PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

Written by
Rate this item
(0 votes)

prostar

3 November 2019, IKBN Peretak – Program Latihan PRS PROSTAR IPT 2019 peringkat daerah Hulu Selangor anjuran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor telah diadakan dengan kerjasama IKBN Peretak pada 1 hingga 3 November 2019 bertempat di Dewan DAHA, IKBN Peretak. Program yang dianjurkan selama tiga hari dua malam ini disertai seramai 30 orang pelajar IKBN Peretak dan 4 orang pelajar Darul Quran.

Objektif program ini diadakan adalah untuk melatih para peserta menjadi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) mengenai isu-isu berkaitan HIV dan AIDS seperti dadah, seks bebas dan LGBT. Pengisian program terdiri daripada ceramah, latihan dalam kumpulan dan aktiviti riadah bermodul.


Program ini telah disempurnakan majlis penutup oleh wakil Pengarah Pejabat Kesihatan Daerah iaitu Dr. Nurul Haniza binti Md Yusuf.

Disediakan oleh : Pn. Siti Zubaidah binti Abbas,

Ketua Unit Bina Insan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Read 289 times
 
Find us on Facebook
Follow Us