Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 08 November 2019 16:31

Teambuilding Jalinan Ukhwah IKTBN Temerloh 2019

Written by
Rate this item
(1 Vote)

1-3 November 2019 : Pihak Pengurusan yang di wakili oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah pertama kalinya melaksanakan Kursus Teambuilding Jalinan Ukhwah IKTBN Temerloh 2019. Program ini telah dilaksanakan di Kompleks MSN Saujana Asahan, Melaka telah dihadiri oleh seramai 61 pegawai IKTBN Temerloh.

            Program ini dimulakan Majlis Perasmian Pembukaan oleh Dr Mohd Yusoff b Abu Bakar, Pengarah IKTBN Temerloh dan diteruskan dengan sesi ‘Ice Breaking‘ di bawah kelolaan Encik Azmee Amar Azwan Bin Mostapa yang merupakan Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Keesokan harinya, program ini diteruskan dengan aktiviti lasak iaitu Flying Fox dan Treasure Hunt yang dikelolakan oleh pihak Explora Asia Sdn Bhd. Melalui aktiviti lasak ini, peserta diberi tugasan untuk bekerja di dalam kumpulan dan secara langsungnya mewujudkan hubungan kerjasama yang erat. Pada malam tersebut, program diteruskan lagi dengan sesi pengisian kerohanian iaitu ceramah motivasi oleh Ustaz Wan Muhammad Hafizzul bin Wan Ismail. Pada hari terakhirnya pula program ini diteruskan dengan aktiviti Jungle Tracking ke kaki Gunung Ledang dan seterusnya diakhiri dengan Majlis Penutup oleh Tuan PEngarah IKTBN Temerloh dan sesi bergambar.

            Melalui program ini, diharapkan objektif program bagi mewujudkan jalinan kerjasama yang erat dikalangan kakitangan IKTBN Temerloh dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing di institut ini tercapai. Walaupun penat, keseronokan dan pengalaman yang telah diperolehi melalui pelbagai aktiviti ini oleh peserta, sedikit sebanyak dapat menyuntik semula semangat dan kerjasama dikalangan kakitangan selama mana berkhidmat di institut ini.

Read 48 times
 
Find us on Facebook
Follow Us