Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 28 October 2019 11:30

CERAMAH PERDANA DAN MOTIVASI

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 29 OKTOBER 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar erak (IKBNSIP) telah menganjurkan satu program motivasi pada 25 Oktober 2019 jam 9.30 pagi bertempat di Surau Ibnu Sina, IKBNSIP. Ceramah motivasi yang bertajuk ‘Antara Cinta Dan Maruah’.

Kesemua pelajar telah diwajibkan hadir bagi mengikuti program motivasi tersebut.Tujuan utama program ini ialah untuk membentuk sahsiah diri serta menjana kecemerlangan akademik selaras dengan hasrat IKBNSIP melahirkan modal insan yang berkualiti. Ceramah motivasi ini telah dikendalikan oleh Ustat DRs Ahmad Termizi Bin Abdul Razak merupakan seorang penceramah bebas.

Pelbagai pengisian diperoleh para pelajar yang hadir pada program tersebut. Antara perkara yang dititikberatkan ialah bagaimana kebijaksanaan pelajar untuk menguruskan masa dan menangani masalah tekanan samaada fizikal mahupun mental. Pengurusan masa merupakan perkara yang sangat penting kepada para pelajar dimana pengurusan masa yang bijak sahaja dapat membentuk pelajar yang cemerlang.

Penceramah juga sekali lagi mengingatkan matlamat sebenar pelajar di IKBNSIP iaitu untuk mencapai keputusan yang sebaik mungkin dan yang paling penting mendapat keputusan cemerlang. 

Dalam pada itu, dalam ucapannya menyatakan bahawa walaupun dalam peringkat sijil sekarang tidak mustahil untuk pelajar mengorak langkah ke peringkat yang lebih tinggi dan mencapai kejayaan pada masa akan datang. Di harap Kenyataan tersebut sedikit sebanyak memberi rangsangan kepada pelajar untuk berusaha ke arah mencapai kecemerlangan

Read 534 times
 
Find us on Facebook
Follow Us