Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 25 October 2019 11:31

SEMOGA LEBIH CEMERLANG

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 25 OKTOBER 2019 - Warga Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan majlis perpisahan sempena pertukaran salah seorang kakitangan pejabat iaitu A. Raman Bin Musbah, Pegawai Belia dan Sukan (S48) yang akan bertukar ke Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) berkuatkuasa pada 1 November 2019.

Majlis perpisahan yang diadakan dalam suasana sederhana ini amat bermakna sebagai ingatan dari warga IKBNSIP buat beliau. Sepanjang perkhidmatan beliau di IKBN Seri Iskandar selama 2 Tahun, beliau telah menunjukkan komitmen dalam setiap tugasan yang diberikan.

Segala perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang berada di IKBN Seri Iskandar amatlah dihargai dan diucapkan selamat maju jaya dan terus cemerlang di tempat yang baru

Read 558 times Last modified on Selasa, 12 November 2019 11:36
 
Find us on Facebook
Follow Us