Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 21 October 2019 12:01

SAMBUTAN KARNIVAL SUKAN KBS 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 13 OKTOBER 2017 – Menyemarakkan lagi Bulan Sukan Negara 2019, Kementerian Belia Dan Sukan telah menganjurkan Karnival Sukan KBS 2019 yang telah melibatkan semua bahagian dan agensi di bawah Kementerian yang telahberlangsung dari 18 hingga 20 Oktober 2019 bertempat di KL Sport City, Bukit Jalil.

Terdapat 11 acara telah dipertandingkan dan peserta telah dibahagikan kepada 8 Zon iaitu, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Borneo, Zon Menara KBS, Zon Agensi 1 (Team Sport City) dan Zon Agensi 2 (Team Barracuda).

Sehubungan dengan itu, beberapa pegawai dan kakitangan IKBN Seri Iskandar telah menyertai karnival sukan tersebut bagi mewakili Zon Tengah seperti acara tarik tali En. Mohd Zul B. Badru, Bola Jaring Pn. Noorhafizah Bt Isa, Pn. Noraini Bt Shafee dan Pn. Zamzarina Bt Osman, Badminton En. Fakhurarrazi B. Mustaffa dan E-Sport En.Kishore Kumar A/L Ayyawoo. Pasukan Zon Tengah telah menyertai semua acara sukan yang dipertandingkan dan berjaya memenangi beberapa acara sukan iaitu tarik tali naib johan, badminton naib johan dan e-sport naib johan.

Walaupun pasukan zon tengah tidak berjaya menjadi juara keseluruhan tapi tetap berazam di masa akan datang akan menjadi taget untuk dicapai.

Read 501 times
 
Find us on Facebook
Follow Us