Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 12 November 2019 17:34

PROGRAM BOOTCAMP IKBNPT 2019 - BENS KITCHEN SDN BHD

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

Bens

12 Nov 2019 (Selasa), Bangsar - Majlis penutup dan penyampaian sijil Program Bootcamp IKBNPT 2019 - Bens Kitchen Sdn Bhd telah berlangsung dengan jayanya.

 

Program tersebut telah dirasmikan oleh Puan Normahsyuri bt Md Shariff, selaku Pengarah IKBN Peretak. Pn Syahirah Bt Shapiee, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kekompetenan Belia, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) turut hadir mewakili Ketua Pengarah BPKB.

Mr David Yap, selaku General Manager Bens Kitchen Sdn Bhd turut hadir bagi menyampaikan sijil kepada 9 orang peserta yang telah menamatkan program tersebut. Malah beliau berbesar hati untuk memberikan cenderahati merupakan sebuah buku bertajuk 'The Big life' kepada semua tetamu yang hadir.

ILKBS berdekatan turut dijemput bersama bagi memeriahkan majlis tersebut adalah IKTBN Dusun Tua, Sepang, Alor Gajah  dan IKBN Kuala Langat.

Program Bootcamp bersama Ben's Kitchen Sdn Bhd merupakan program kedua yang diadakan bersama-sama selain menghantar pelajar untuk menjalani latihan industri di 11  buah cawangan Ben's Kitchen seluruh Malaysia.

Semoga dengan perjumpaan di majlis seperti ini dapat membina rangkaian yang baik antara ILKBS dan industri dimasa hadapan.

Disediakan oleh : Encik Shahdan Bin Zainal

Read 528 times Last modified on Rabu, 13 November 2019 08:57
 
Find us on Facebook
Follow Us