Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 29 July 2019 12:11

KURSUS QUALITY CONTROL DI JABATAN KIMPALAN

Written by Yusoff
Rate this item
(0 votes)

 

Pagoh, 22 Julai 2019 – Bertempat di Jabatan Kimpalan telah diadakan kursus quality control in steel fabrication industries Seramai 12 orang pengajar dari Institut Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) yang terdiri daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh dan IKTBN Dusun Tua yang turut serta dalam kursus tersebut. Penceramah pada kursus tersebut adalah En Mazlan Bin Jaafar daripada Flawmaxs Technologies.

 

Kursus tersebut telah berlangsung selama 3 hari, yang bermula pada 22 dan berakhir pada 24 Julai 2019. Kursus tersebut memberikan pendedahan berkaitan prosedur dan tatacara melakukan pemeriksaan terhadap logam yang dikimpal. Pada kursus tersebut juga turut diajar bagaimana cara dan teknik pemeriksaan mengunakan proses dye penetrant inspection (DPI).

 

Kesimpulannya dari kursus tersebut, bukan sekadar teori yang diperolehi tetapi amali juga dapat memberikan pengalaman buat semua pengajar yang hadir .

Read 1150 times Last modified on Rabu, 27 November 2019 12:17