Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 28 November 2019 17:09

PERTUNJUKAN FESYEN SEMPENA PERTANDINGAN REKAAN DAN PEMBUATAN PAKAIAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

fashion

27 November 2019 (Rabu) IKBN Peretak – Jabatan Tekstil, IKBN Peretak dengan kerjasama syarikat Color Blast Sdn Bhd telah berjaya menganjurkan pertunjukan fesyen sempena Pertandingan Rekaan dan Pembuatan Pakaian yang mula diadakan sejak 04 Oktober 2019. Sebanyak 30 rekaan daripada 60 rekaan telah terpilih ke peringkat akhir dan telah dipersembahkan oleh pelajar IKBN Peretak sendiri.

Syarikat Color Blast telah menaja 30 gulung  fabrik untuk penghasilan pakaian serta hadiah pertandingan berupa wang tunai RM1000.00 untuk tempat pertama, RM700.00 tempat ke-2 dan RM500.00 untuk tempat ke-3.

Pertunjukan fesyen ini juga dimeriahkan dengan kehadiran YB Puan June Leow Hsiad Hui, Ahli Parlimen Hulu Selangor dan wakil jabatan-jabatan kerajaan sekitar Hulu Selangor yang hadir sebagai tetamu jemputan.

Pertunjukan fesyen ini turut mendapat kerjasama dari Pejabat Penerangan Hulu Selangor bagi pinjaman peralatan PA Sistem, Jabatan Multimedia, IKBN Kuala Langat bagi sesi Fotografi  & Video,  Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak bagi persediaan tempat makan dan minum VIP serta jemputan dan Jabatan Personal, IKBN Peretak bagi perkhidmatan Jurusolek.

Disediakan oleh: Pn.Rofizah binti Ibrahim

Ketua Jabatan Tekstil

Read 394 times
More in this category: « KURSUS JAHITAN KREATIF
 
Find us on Facebook
Follow Us