Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 15 November 2019 12:33

KURSUS KESELAMATAN KEBAKARAN ASAS BANGUNAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 15 NOVEMBER 2019 - Dengan kerjasama dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Perak Tengah, Kursus ini dijalankan bagi memberi pengetahuan berkenaan aspek keselamatan kebakaran dalam bangunan terutama di tempat kerja memandangkan institusi ini terlibat dalam melaksanakan kursus yang melibatkan peserta yang ramai.

Kursus yang berlansung selama empat(4) hari bermula 11-14 November 2019 bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar di mana melibatkan seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan.

Peserta diterangkan mengenai definisi kebakaran dan kesedaran tentang kebakaran serta pengurusan keselamatan serta sistem arahan kemalangan seperti Pengenalan Organisasi, Pengurusan Keselamatan Kebakaran, Pelan Tindakan Kebakaran, Alat Pemadam Api, Pengusian Bangunan, Kawad Hos, Sifat-Sifat Kebakaran, Akta Perkhidmatan Bomba 341, Sistem Perlindungan Kebakaran, Kawad Hos Reel, Pratikal Alat Pemadam Api, Menyelamat Di Dataran, Pengenalan Alat Pernafasan, Simualasi BATG dan Pembentangan Kertas Pelan Tindakan.

Kursus ini merangkumi amali dan praktikal di mana peserta mengikuti latihan pengunsian bangunan dan penggunaan alat pemadam api serta latihan Kawad H1 disamping mengenali dan memahami penggunaan peralatan-peralatan yang digunakan.

Read 319 times
 
Find us on Facebook
Follow Us