Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 20 November 2019 12:35

KARNIVAL SUKAN DALAMAN IKBN SERI ISKANDAR SEMPENAN HARI SUKAN NEGARA DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 20 NOVEMBER 2019  – Lebih 300 orang khususnya pelajar dan staf membanjiri Dataran Astaka, IKBN Seri Iskandar sempena Karnival Sukan Dalaman kali Ke -2 Tahun 2019. Karnival sehari anjuran Bahagia Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Karnival Sukan Dalaman Kali Ke-2 IKBN Seri Iskandar Tahun 2019 pada 20 November 2019 jam 08.00 pagi bertempat di Dataran Astaka.

Objektif utama karnival sukan ini diadakan di mana ianya membawa idea perpaduan menerusi sukan dalam merealisasikan Malaysia sebagai negara bersukan. Program sukan santai ini merangkumi aktiviti kecergasan dan  pertandingan sukan.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Tarik Upih, Dart Pasukan, Congkak Pasukan, Dam haji Pasukan, Terompah Gergasi, Lari 100 meter, Dan Tarik Tali. Selain itu, turut berlangsung aktiviti senaman kecergasan aerobicthon.

Perasmian karnival disempurnakan oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar En. Md. Isa Bin Ibrahim. Dalam karnival sukan ini para pelajar dan staf dibahagikan kepada empat(4) kumpulan di mana pihak pengurusan tertinggi IKBN Seri Iskandar mewakili rumah masing-masing iaitu Rumah Kuning diwakili oleh Tuan Pengarah, Rumah Merah diwakili oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengursan Latihan En. Amir-Kahrul Bin Daud, Rumah Biru diwakili oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Pn. Norhazalina Bt Noraini dan Rumah Hijau diwakili oleh Ketua Pentadbiran Dan Kewangan Pn. Sharimah Bt Ahmad.

Pada majlis penutup, En. Md. Isa Bin Ibrahim menyampaikan hadiah dan hamper kepada para pemenang mengikut acara dipertandingkan. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh Rumah Merah di mana memperolehi  emas terbanyak yang membawa Piala Pusingan Pengarah IKBN Seri Iskandar dan hamper kejuaraan. 

Read 331 times
 
Find us on Facebook
Follow Us