Semua pelajar terbabit termasuk kakitangan IKBNSIP dengan pengisian program membersihkan kawasan bengkel dan makmal, membuang sawang, mengecat dinding dan mural.
Program ini antara aktiviti yang dirancang untuk warga IKBNSIP di sini terutama dalam menyemai semangat kesukarelawan dan menghidupkan kembali amalan gotong royong dalam kalangan belia. Amalan gotong-royong ini bukan saja membantu meringankan beban malah mengukuhkan ikatan silaturahim di antara satu sama lain.
Sementara pelajar ini menyifatkan aktiviti gotong royong yang dianjurkan pihak institut memang memberi manfaat kepada golongan pelajar kerana aktiviti ini mempunyai banyak mesej tersirat dan tersurat yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan hari ini.
“Pepatah Melayu ada menyebut , Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing memang patut diaplikasi dalam kehidupan pelajar hari ini.
Di harapkan aktiviti seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang dan menimba seberapa banyak pengalaman dalam program sukarelawan sebagai persediaan sebelum melangkah ke dunia pekerjaan kelak