Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 04 December 2019 14:43

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT IKBN KINARUT 2019

Written by

 

 

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT IKBN KINARUT 2019

 

 

 

KINARUT ; Unit Kawad dan Disiplin di bawah Cawangan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat IKBN Kinarut bagi tahun 2019 yang merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan dimana kemampuan pelajar dalam menerima, memberi arahan, dan bekerjasama dalam kumpulan dinilai disamping mengiktiraf pelajaran kawad yang diwujudkan di setiap IKBN Se Malaysia.

 

Peserta-peserta pertandingan ini terdiri daripada 6 jurusan meliputi setiap Jabatan Elektrik, Jabatan Awam, dan Jabatan Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara Domestik dan Komersial. Antara objektif utama pertandingan kawad kaki ini dilaksanakan adalah untuk mencungkil bakat pelajar dalam kawad kaki. Selain itu, melatih pelajar untuk mematuhi arahan dan berdisiplin dan sekaligus menanam sikap berkerjasama di dalam kumpulan.

 

Johan pertandingan kawad kaki telah dimenangi oleh Jurusan Penjaga Jentera Elektrik A1, Naib Johan disandang oleh Jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara Domestik dan tempat ke tiga adalah Jurusan Pendawaian Elektrik. Pertandingan ini dinilai dari segi Kawad Statik, Kawad dinamik, ketua platun, dan penilaian pakaian platun.Juri yang telah diberi amanah menggalas tanggungjawab ini adalah dari Jabatan Rela Daerah Papar iaitu Pengiran Hazley Bin Pengiran Kassim selaku Ketua Pengadil, En Osman Razak dan En Mohamad Noh Bin Idham.

 

Turut hadir bersama Encik Himran Entoh, Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Bengkel, Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut.