Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 04 December 2019 14:57

KEMERIAHAN MAJLIS TAMAT LATIHAN PELAJAR AKHIR

Written by

 

 

KEMERIAHAN MAJLIS TAMAT LATIHAN PELAJAR AKHIR

 

 

 

KINARUT ; Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan satu Majlis Tamat Latihan dan Restu Ilmu kepada pelajar-pelajar semester akhir yang diadakan di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut semalam.

 

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Pengurusan, Encik Himran Entoh berkata Majlis Tamat Latihan diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar semester akhir serta memberi sokongan moral bagi menduduki peperiksaan akhir yang akan ditempuhi pada minggu hadapan dengan jayanya.

 

“Pada kali ini, berbagai ragam jenis pakaian yang bertemakan “Bohemian Rock” dikalangan pelajar-pelajar dan pegawai IKBN Kinarut turut memeriahkan majlis tersebut serta mengukuhkan hubungan baik antara satu sama lain,” katanya.

 

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan kumpulan pelajar semester akhir mengikut jurusan masing-masing dan cabutan bertuah.

 

Turut Hadir dalam Majlis tersebut Encik Mohammad Sophian Kandar Ketua Jabatan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut.

 
Find us on Facebook
Follow Us