Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM)

Written by

19 November 2019, PUTRAJAYA - MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM) yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PiCC) telah menyaksikan seramai 3 orang pelajar telah mengharumkan nama ILKBS dengan membawa pulang 2 pingat perak dan 1 gangsa di Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB). Keputusan yang di umumkan hari ini merupakan pencapaian yang cemerlang sejak penyertaan ILKBS dalam Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB).

Pemenang akan menerima insentif berbentuk wang tunai, pingat dan sijil penghargaan serta bakal melayakkan diri untuk mewakili Malaysia ke peringkat ASEAN, Asia dan Dunia. Sebagai rekod seramai 40 orang pelajar dan 7 orang pengajar ILKBS bertanding di peringkat akhir melibatkan 16 bidang kemahiran dalam WSMB dan 3 bidang dalam WSMP. Peserta ILKBS terdiri dari 15 buah IKTBN/ IKBN seluruh Malaysia.

Nama-nama pemenang pingat dari ILKBS seperti berikut:

*Pingat Perak*
1. Jessy Claire Anak Langat, IKBN miri.
Bidang Restaurant Services

2. Nur Kamilah Binti Noordin, IKBN Kemasik.
Bidang Hairdressing

*Pingat Gangsa*
1. Muhammad Bakri Bin Mohd Nasir, IKBN Wakaf Tapai.
Bidang Welding

 

MATEPM bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada belia dan pengajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang masing-masing dan seterusnya mempromosikan latihan kemahiran di Malaysia. Majlis ini disempurnakan oleh YB. M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia Malaysia. Beliau turut menyampaikan pingat dan sijil penghargaan kepada peserta yang berjaya. Turut hadir pada majlis ini ialah YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan.

*Tahniah “Our ILKBS Heroes”….*

#youthpower
#teamKBS
#wowILKBS
#ILKBSprofesionalterunggul
#roadtoASC2020

6

 

 

Sumber :

Arfizzan bin Zulkifly

 
Find us on Facebook
Follow Us