Print this page
Selasa, 10 December 2019 15:35

KURSUS DALAMAN TATACARA PENGGUNAAN MESIN KIMPALAN BESI

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDRAR, 10 DISEMBER 2019 – Kimpalan ialah suatu proses sambungan antara dua logam di mana melibatkan pencairan suatu logam untuk mengikat bahan lain. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser, tembakan elektron, kimpalan geseran dan ultrabunyi.

Dengan anisiatif Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Kursus Dalaman Tatacara Penggunaan Mesin Kimpalan Besi kepada pengajar dan kakitangan yang berminat mempelajari tatacara penggunaan mesin kimpalan besi pada 10 Disember 2019 Jam 10.00 pagi bertempat di Bengkel Elektrik, Bangunan Mega IKBN Seri Iskandar. Beliau sendiri memberi taklimat secara teori dan amali kepada peserta kursus yang hadir.

Objektif utama kursus ini diadakan adalah memberi pengetahuan dan ilmu tatacara penggunaan mesin kimpalan besi yang betul serta teknik-teknik kimpalan besi yang berkualiti. Selain itu, beberapa istilah dan teknik-teknik lain perlu diambil perhatian sebelum memulakan proses kimpalan.

Diharapkan dengan penerangan dan tatacara penggunaan mesin kimpalan ini, dapat menghasilkan kimpalan yang berkualiti.

Read 1739 times