Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 24 December 2019 15:45

PERTANDINGAN BADMINTON BEREGU CAMPURAN TERTUTUP IKBN SERI ISKANDAR 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDRAR, 23 DISEMBER 2019 – Baru-baru ini, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSIP) telah menganjurkan Pertandingan Badminton Beregu Campuran Tertutup 2019 pada 23 Disember 2019 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharahalela. Program ini adalah anjuran Unit Sukan, Cawangan Pengurusan Pelajar di bawah kelolaan Pn. Noorhafizah Bt Isa.

Objektif utama penganjuran ini adalah untuk menggalakkan amalan bersukan dan meningkatkan kesihatan serta mewujudkan kesepakatan erat dikalangan warga IKBN Seri Iskandar melalui penganjuran aktiviti secara bersama.

Majlis perasmian telah diadakan pada jam 9.00 pagi yang dirasmikan oleh Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, Pn. Nor hazalina bt Noraini dimana beliau mengharapkan setiap pasukan menunjukkan semangat juang yang tinggi dan kesukanan.

Sebanyak 14 pasukan telah menyertai pertandingan ini di mana ianya merangkumi staf, syarikat pembersihan, syarikat kawalan keselamatan dan syarikat dewan makan. Selain daripada itu, mereka ini telah diundi dan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Pertandingan ini dimainkan secara liga di mana setiap Johan dan Naib Johan Kumpulan layak ke perigkat Suku Akhir. Demi mencapai taget dan semangat juang yang tinggi setiap pasukan yang bertanding untuk menang setiap perlawanan, pelbagai gaya dan teknik telah dipamerkan dalam pertandingan ini.

Pertandingan ini telah berlangsung sehari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang merangkumi 14 pasukan iaitu Guard Attack, Poyo, Smash Aje, Quening, Likah, New Racket Team, The Noraini’s, The Zizam, Asam Garam, Wonder Girl, Double A, Dinnie, Hepi-Hepi dan Sempoi. Peringkat Suku Akhir telah diadakan pada jam 2.30 petang di mana 8 pasukan telah berjaya ke peringkat ini iaitu Guard Attack, Smash Aje, Quening, Likah, The Zizam, Double A, Hepi-Hepi dan Sempoi. Juara pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan The Zizam, Naib Johan oleh Quening, Ketiga oleh Smash Aje dan Keempat oleh Guard Attack. Hadiah dan medal telah disampaikan oleh Encik Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan. Diharapkan penganjuran seperti ini dapat diadakan setiap tahun di masa akan datang demi mengeratkan hubungan ukhwah.

Read 538 times
 
Find us on Facebook
Follow Us