Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 12 January 2020 12:27

MAJLIS PENYERAHAN PELAJAR BAHARU SESI 1/2020 IKTBN BACHOK

Written by
Rate this item
(0 votes)

PP12020

Bachok, 12 Januari 2020 – Selesai sudah Minggu Paradigma Pelajar dan satu Majlis Penyerahan Pelajar kepada 05 bengkel yang mengambil pelajar pada sesi ini telah diadakan pada hari ini 12 Januari 2020 dengan disaksikan oleh pegawai, kakitangan dan semua pelajar Baru IKTBN Bachok.

Tiada bidang yang telah mencapai kuota yang ditetapkan sehubungan dengan itu panggilan kedua dijangka akan dilaksanakan pada 13 Januari 2020. Bagi belia-belia yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang kemahiran terutamanya di Bidang Kejuruteraan Awam dan Automotif yang dibuka pengambilan pada sesi kali ini bolehlah hadir ke IKTBN Bachok untuk memohon. Kepada semua pelajar baru ambillah peluang yang diberikan ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu yang akan diberikan.

Jadikanlah peluang yang diberikan ini sebagai satu dorongan untuk berjaya di masa akan datang dan jangan lah pula mensia-siakan peluang yang diberikan ini. Selamat Maju jaya dan selamat menjalani Latihan Kemahiran di IKTBN Bachok.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 507 times
 
Find us on Facebook
Follow Us