Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

KERJASAMA KBS DAN VOLVO MALAYSIA PERKASAKAN TVET

Written by

PUTRAJAYA : 09 Jan 2020 - KBS melalui wakil Cawangan Kerjasama Strategik, BPKB bersama tiga wakil Cawangan Hubungan Industri masing-masing dari IKTBN Chembong, IKTBN Dusun Tua dan IKBN Kuala Perlis telah melakukan kunjungan hormat ke Volvo Malaysia Sdn Bhd bagi membincangkan pelaksanaan bentuk kerjasama yang telah dimaterai sebelum ini.

Perbincangan ini lebih kepada perangkaan pelaksanaan yang akan dilakukan pada Tahun 2020 yang melibatkan lima ILKBS yang mempunyai bidang automotif (Kenderaan Perdagangan). Antara agenda yang dibincangkan termasuk penempatan serta tempoh bagi pelajar menjalankan latihan industri yang melibatkan beberapa lokasi. Turut dibincangkan adalah berkaitan tawaran lawatan industri kepada pengajar dan pelajar untuk beri pendedahan kepada suasana dan cabaran bekerja di Volvo. Agenda terakhir yang dibincangkan adalah pelaksanaan latihan oleh syarikat terhadap pengajar bagi berkongsi teknologi terkini yang digunapakai untuk disampaikan kepada pelajar. Semoga kerjasama yang dimaterai oleh kedua-dua pihak dapat dicapai bagi memartabatkan pelaksanaan TVET di ILKBS.

Read 2135 times