Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 13 January 2020 12:43

KHIDMAT MASYARAKAT – GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PERKUBURAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

kubur

11 Januari 2020 (Sabtu) - Komponen Khidmat Masyarakat telah berjaya di laksanakan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Sungai Bertam, Batang Kali pada hari Sabtu,11 Januari 2020.

Kehadiran pelajar baru sesi 1/2020 serta pegawai seramai 125 orang telah bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan perkuburan tersebut dari jam 7.30 pagi. Di antara aktiviti sukarela yang di jalankan adalah mengemas dalam dan luar Masjid As Sajidin, mengumpul ranting dan dahan-dahan reput, membersih kepuk dan menyapu daun-daun kering di sekitar kawasan tersebut.

Turut hadir membantu dalam gotong royong ini adalah Jawatankuasa Masjid dimana telah menyumbangkan minum pagi kepada para pelajar IKBN Peretak dan komuniti setempat yang terlibat.

Program ini merupakan slot terakhir di dalam Program Minggu Paradigma Sesi 1/2020 IKBN Peretak dengan harapan pelajar dapat memupuk semangat kerjasama dan meningkatkan aktiviti kerja sukarela pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Puan Azini Binti Ismail

Read 1072 times
 
Find us on Facebook
Follow Us