Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 15 January 2020 17:26

MINGGU PENDAFTARAN DAN MINGGU PARADIGMA PELAJAR BARU SESI 1/2020 (MIPAR)

Written by
Rate this item
(0 votes)

MIPAR

15 Januari 2020 (Rabu) – IKBN Peretak, Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah melaksanakan Minggu Paradigma Pelajar (MIPAR) bermula 6 hingga 11 Januari 2020. Pelajar baru yang melapor diri adalah seramai 105 orang dan MIPAR ini juga dibantu oleh 25 orang fasilitator dikalangan pelajar dan pegawai IKBN Peretak.

Objektif utama program adalah untuk memperkenalkan IKBN dengan lebih dekat dan membantu para pelajar menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan dan berinteraksi secara positif di IKBN. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Ice Breaking, Latihan Dalam kumpulan, Taklimat CPKK, ALUMNI, Displin, Dewan Makan/Asrama, Muhasabah Diri dan Explorace. Turut dijalankan Taklimat ALumni daripada Puan Zaleha Binti Arshad, Pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkap bekas pelajar dan pengajar Jurusan Jahitan Pakaian Lelaki IKBN Peretak. Kehadiran Puan Zaleha bt Arshad dilihat telah berjaya menyuntik semangat pelajar untuk membina keyakinan diri dalam melahirkan pelajar yang berdaya saing berlandaskan nilai-nilai murni. Selain daripada itu, Ceramah Motivasi dan Taklimat MPP turut mendapat kerjasama dari iLead yang telah di sampaikan oleh En. Haslizar bin Rozally, manakala taklimat MPP di sampaikan oleh Saudara Mohd Alif Aiman bin Anuar merangkap bekas pelajar dari Jurusan Perekaan Gaya Rambut dan MPP. Pelajar juga di terapkan dan di minta untuk membuat persembahan Showcase Of Talent dalam bahasa Inggeris dan dengan ini dapat memupuk serta mencintai bahasa Inggeris dengan slogan English For Fun.

Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPM) iaitu komponen Ekpedisi turut diadakan dengan di sempurnakan oleh Puan Pengarah, Pn. Normahsyuri binti Md Shariff. Beliau turut bersama-sama menempuh perjalanan mendaki Bukit Batu Pahat dengan ketinggian 410 meter. Ekspedisi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta kepentingan cara hidup sihat melalui ekplorasi alam sekitar dan semua pegawai dan pelajar telah berjaya mendaki hingga ke puncak serta seronok melihat keindahan sekitar Kuala Kubu Bharu.

Pada hari terakhir MIPAR turut di adakan juga Komponen Khidmat Masyarakat bagi menerapkan nilai murni pelajar baru kepada komuniti setempat di mana pelajar telah membersihkan Tanah Perkuburan Islam Sungai Bertam, Batang Kali serta melakukan aktiviti membersih kawasan masjid As Sajidin, membersih kepok di tanah perkuburan, menyapu sampah, mengumpul dahan-dahan dan ranting kayu reput dan menyapu daun-daun kering yang ada di sekitar tanah perkuburan tersebut. Program ini merupakan slot terakhir di dalam Minggu Paradigma Sesi 1/2020 dengan harapan pelajar dapat memupuk kerjasama dan meningkatkan aktiviti kerja sukarela pada masa akan datang. Turut bersama semasa program khidmat masyarakat adalah Jawatankuasa Masjid Kg. Sungai Bertam serta En. Shahdan bin Zainal, selaku Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, IKBN Peretak.

Adalah diharapkan minggu paradigma ini dapat membantu pelajar baru menyesuaikan diri dengan persekitaran IKBN Peretak dan menjiwai setiap visi dan misi IKBN Peretak khasnya dan Kementerian Belia dan Sukan amnya.

Disediakan oleh : Puan Fazila binti Ramli

Disunting oleh : Puan Azini binti Ismail

Read 1400 times