Objektif utama penganjuran kursus ini adalah memberi pendedahan kepada wakil setiap jabatan berkaitan Microcontroller Arduino. Seramai 16 orang peserta telah hadir dari pelbagai jabatan bagi kursus ini.
Kursus ini telah disampaikan oleh tenaga pengajar IKTBN Sepang Encik Shahrim Bin Mohd dan dibantu oleh Encik Mohamed Nazeeb Bin Mohamed Naina Marican.
Diharap melalui kursus ini, peserta dapat menambah kemahiran dan pengetahuan ke arah aplikasi revolusi industri 4.0.