Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 06 December 2019 15:50

PERKONGSIAN ILMU PENGAJAR IKTBN SEPANG

Written by
Rate this item
(0 votes)
SEPANG, 6 DISEMBER 2019 - Satu sesi Perkongsian Ilmu oleh pengajar-pengajar IKTBN Sepang yang selesai menjalani Latihan Sangkutan Industri (LSI) telah diadakan dengan penuh manfaat. Perkongsian ini telah disampaikan oleh En. Mohd Yosup Tupang (Jabatan Teknologi Mekanikal Pembuatan), selesai menjalani LSI di FU Tech Engineering Steels Sdn Bhd, En. Noor Hisyam Bin Ismail (Jabatan Teknologi Mekanikal Senggaraan),selesai LSI di POWERLECT ENGINEERING (M) SDN. BHD. dan Muhamad Aripin Bin Toyib (Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer) selesai LSI di SENTUHAN TEKNIK.
 
Tujuan perkongsian ilmu ini adalah untuk berkongsi pengalaman masing-masing sepanjang menjalani latihan di industri luar. Di samping itu dapat memberi gambaran dan pendedahan kepada tenaga pengajar yang lain dan pelajar-pelajar IKTBN Sepang mengenai bidang senggaraan, pembuatan dan polimer di dalam industri luar.

Diharap melalui perkongsian ini, semua yang terlibat dapat menambah kemahiran dan pengetahuan untuk diimplemenkan di ILKBS.Tahniah semua!

Read 1569 times Last modified on Isnin, 20 January 2020 15:53
 
Find us on Facebook
Follow Us