Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 06 December 2019 15:53

PROGRAM KLINIK CUBPRIX 2019 DAN KESELAMATAN JALAN RAYA

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 6 DISEMBER 2019 - Satu Program Klinik Cubprix 2019 dan Keselamatan Jalan Raya telah berjaya diadakan di bilik Seminar IKTBN Sepang anjuran Safe Aim Mutual Sdn Bhd yang juga merupakan pengelola sukan permotoran tanahair iaitu Kejohanan Petronas Cubprix. 

 
Klinik yang telah dihadiri seramai 100 orang pelajar Semester1 IKTBN ini telah berjaya menarik minat pelajar dan mereka kelihatan tertarik apabila diberi penekanan terhadap aspek keselamatan jalan raya, pembentukan kerjaya di dalam dunia sukan permotoran serta penerangan berserta demonstrasi berkenaan dunia perlumbaan oleh lagenda permotoran tanahair yang merupakan pelumba pertama Malaysia di arena MotoGP iaitu Saudara Shahrol Yuzy.

Program tajaan Petronas ini telah dilaksanakan di semua pusingan kejohanan tahun ini dan Sepang adalah merupakan pusingan terakhir dalam kalendar Petronas Cubprix pada tahun 2019 ini.

Syabas IKTBN Sepang di atas penganjuran program ini.

Read 1618 times Last modified on Isnin, 20 January 2020 15:56
 
Find us on Facebook
Follow Us