Print this page
Isnin, 09 December 2019 15:57

IKTBN SEPANG DI PROGRAM INDUSTRY 4.0 RE-SKILLING AND UP-SKILLING

Written by
Rate this item
(0 votes)

PUTRAJAYA, 9 DISEMBER 2019 - Satu Program Industry 4.0 Re-Skilling and Up-Skilling telah diadakan pada 9 Disember 2019 di Dewan Podium Kementerian Belia dan Sukan. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) yang bertajuk IR 4.0 dengan kerjasama Malaysia Automotive, Robotic & IoT Institute (MARii) pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Seramai 9 orang pegawai dari IKTBN Sepang telah menyertai program ini yang telah disampaikan oleh En Shairul Baki bin Mohamad Saleh yang merupakan pakar dalam bidang Lean Production System And Industry 4.0.

Sesi pertama dimulai dengan penerangan berkenaan ‘The Nine Pillars of Industry 4.0’. Sesi kedua pula diteruskan dengan pembentangan tentang Lean Production System.

Semoga program ini dapat memberi pendedahan dan pemahaman yang lebih jelas serta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang IR 4.0 dalam kalangan semua pegawai yang terlibat

Read 2142 times Last modified on Isnin, 20 January 2020 16:02