Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 20 January 2020 16:02

KUNJUNGAN HORMAT DARI UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK (UNIRAZAK) KE IKBN PERETAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

unirazak

17 Januari 2020 (Jumaat). Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima kunjungan hormat dari Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) bagi mempromosi program kemasukkan peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Keusahawanan) untuk graduan program TVET.

Program ini di tawarkan kepada semua pelajar Institut Kemahiran Belia & Sukan (ILKBS) yang menjalankan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) ataupun pelajar ILKBS yang mencapai umur 21 tahun ke atas.

Pada sesi taklimat pagi ini, pelajar Diploma Teknologi Fesyen (DTF) IKBN Peratak telah diberi peluang untuk mengetahui penawaran program dengan lebih lanjut dari UNIRAZAK.

Sebelum sesi taklimat kepada pelajar, Pengarah IKBN Peretak Puan Normahsyuri bt Md Shariff telah menyambut pegawai dari UNIRAZAK yang diketuai oleh Prof Dr Johari Mat dan Pegawai dari Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) iaitu Puan Siti Hasmah binti Mustapha, Pengarah Cawangan Teknikal & Kualiti.

Taklimat tersebut ditamatkan dengan pelajar IKBN Peretak mengambil ujian Aptitude untuk saringan kemasukan ke UNIRAZAK.

Disediakan oleh : Encik Shahdan Bin Zainal,

Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar.

Read 469 times
 
Find us on Facebook
Follow Us