IKBN KUALA LANGAT, 11 OGOS 2016 – Jabatan Teknologi Multimedia IKBN Kuala Langat telah diberi amanat bagi memberi khidmat bantu dan sokongan dalam perkhidmatan video “Live Streaming” yang diadakan sempena Seminar Penyelidikan IYES 2016, pada 9hb hingga 10hb Ogos 2016 di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Seramai 4 orang pelajar semester akhir jurusan Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Perekabentuk Multimedia Pengarangan) SKM 3 bersama seorang pengajar telah ditugaskan sebagai videographer untuk seminar ini. Khidmat bantu video live streaming ini, secara langsungnya adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar jurusan multimedia tentang kerja amali dan pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu juga, bagi membina keyakinan para pelajar tentang teknik multiple camera production (MCP).
Berita oleh: Affizie Bin Abu Kassim (IKBN Kuala Langat)
Disunting oleh: Portal Admin IKBN Kuala Langat