Print this page
Selasa, 17 December 2019 16:16

TAKLIMAT KESEDARAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 17 DISEMBER 2019 - Satu Taklimat Kesedaran Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada wakil-wakil Kontraktor Pembersihan, Kontraktor Kawalan Keselamatan, Dewan Makan dan Kafeteria telah diadakan di IKTBN Sepang. Taklimat telah disampaikan oleh Penyelaras Jawatankuasa Amalan EKSA IKTBN Sepang, Puan Lydia Binti Sahrin.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan perkongsian maklumat mengenai penjenamaan EKSA, objektif dan faedah melaksanakan EKSA, kriteria-kriteria EKSA dan amalan-amalan EKSA yang telah diamalkan di IKTBN Sepang.

Semoga dengan penyampaian taklimat ini dapat memberi pendedahan kepada semua kontraktor dan ahli-ahli untuk mengamalkan amalan EKSA dengan baik.

Read 2591 times Last modified on Isnin, 20 January 2020 16:19