GOTONG-ROYONG MEMUPUK KERJASAMA DIKALANGAN WARGA IKBN KINARUT
KINARUT; Gabungan kerjasama warga IKBN Kinarut yang melibatkan pegawai dan pelajar merealisasikan program Gotong-Royong Perdana diseluruh perkarangan IKBN Kinarut baru-baru ini.
Pengarah IKBN Kinarut, Puan Zuarini Jumai berkata menerusi program itu, pegawai bersama-sama pelajar membersihkan seluruh kawasan IKBN Kinarut, bagi mencegah masalah kumpulan anjing yang mengancam keharmonian warga IKBN Kinarut serta mencegah penularan pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan penyakit.
Katanya, program itu menyaksikan budaya gotong-royong serta platfrom terbaik dalam memupuk amalan bekerjasama terus subur di kalangan pegawai dan pelajar IKBN Kinarut sekali gus mengeratkan hubungan sesama mereka.