PENDIDIKAN TVET SELARI DENGAN REVOLUSI INDUSTRI
KOTA KINABALU - 20 JANUARI 2020 ; Sesi kunjungan hormat IKBN Kinarut ke atas YBhg. Dato' Samsuni Mohd Nor, Setiausaha Persekutuan Sabah telah diadakan pada 20 Januari 2020 di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.
Semasa perjumpaan tersebut, YBhg. Dato' memuji usaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dalam meningkatkan kebolehpasaran pelajar IKBN. Beliau juga turut berpandangan bahawa pengajaran dan pembelajaran TVET kini selari dengan perkembangan teknologi dan revolusi Industri bagi memastikan para belia mampu bersaing dengan pihak lain.