Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 22 January 2020 15:18

KEMANTAPAN KOLABORASI IKBN KINARUT BERSAMA JBSN SABAH MENENTANG MRSM DALAM PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK

Written by

 

KEMANTAPAN KOLABORASI IKBN KINARUT BERSAMA JBSN SABAH MENENTANG MRSM DALAM PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK

 

 

 

PAPAR ; Satu perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan antara IKBN Kinarut bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah (JBSN) menentang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang diadakan di Padang MRSM semalam.

 

Tujuan perlawanan ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua- dua jabatan serta mewujudkan semangat kerjasama antara pasukan dan menjalin hubungan baik antara kedua-dua agensi.

 

Menurut Encik Himran Entoh, Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal pelajar (HEP) mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan pihak JBSN Sabah dan juga pihak MRSM kerana mengadakan aktiviti sihat seperti ini.