Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 20 January 2020 11:19

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JANUARI 2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

JUMAAT, 17 JANUARI 2020 - Perhimpunan Bulanan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar bagi bulan Januari 2020 telah diadakan pada 17 Januari 2020 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela anjuran oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Majlis dimulakan dengan persembahan nyayian lagu Negaraku, Negeri Perak dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian amanat oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Ketua Pengarah IKBN Seri Iskandar di mana beliau mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru dan mengharapkan semua pelajar memberi tumpuan kepada jurusan masing-masing.

Bagi menjelang Tahun Baru Cina tak lama lagi tiba, penganjur telah mengadakan gimik simbolik bagi meraikan perayaan tersebut dengan membuat ‘Yee Sang’ bagi staf berbangsa cina. Yee Sang ini merupakan menu istimewa bangsa cina yang membawa simbolik penyatuan, kemakmuran dan lambang kemurahan rezeki yang akan diperolehi sepanjang tahun tersebut. Turut bersama melakukan acara ini adalah Encik Md. Isa B. Ibrahim, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar, Encik Amir-Kharul B. Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, Puan Nor Hazalina Bt Noraini, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, Encik Raja Muadzam Syah B. Raja Mohd Noor, Ketua Jabatan Kejuruteraann Elektrik Elektronik, Cik Yeow Ying Ying, Pengajar Jabatan Pengajian Umum, Encik Kishore Kumar a/l Ayyawoo, Ketua Jabatan Pengajian Umum dan Encik Abu Yazid B. Mustaffa, Pengajar Elektrik.

Pada majlis perhimpunan kali ini telah diadakan acara penyampaian Sijil Penghargaan dan Anugerah Khas Pekerja kepada pegawai dan bahagian yang telah memberi sumbangan serta mengharumkan nama jabatan pada

Bulan November 2019 iaitu Encik Kamarul Rizal B. Badarudin Dan Puan Norhayati Bt Sepawi manakala Bulan Disember 2019 iaitu Puan Nur Ishah Bt Ishak, Encik Sappa B. Sampe Dan Cik Nur Auni Qistina Arumugam Bt Abdullah.

Read 475 times
 
Find us on Facebook
Follow Us