Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 21 January 2020 11:22

MAJLIS PENUTUP MINGGU PARADIGMA PELAJAR BARU SESI 1/2020 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

JUMAAT, 17 JANUARI 2020 - Majlis Penutup Minggu Paradigma Pelajar Baharu Sesi 1 2020 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Dato Maharajalela pada 17 Januari 2020 Jam 8.00 pagi di bawah anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar. Turut hadir sama Encik Md. Isa B. Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar diiringi oleh Encik Amir-Kharul B. Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Pelajar bersama Puan Nor Hazalina Bt Noraini, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar serta kakitangan dan pelajar.

Seramai 44 pelajar sesi 1 2020 telah berjaya mengharungi pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Program Minggu Paradigma pelajar sesi 1 2020 ini bermula pada selama 6 hari iaitu bermula 6 Januari sehingga 11 Januari 2020. Lafaz ikrar pelajar baru sesi 1 2020 telah diadakan di mana wakil pelajar iaitu Mohd Hakim B. Kasim mengetuai lafaz ikrar pelajar dan disusuli dengan ucapan pelajar baru iaitu Ahmad Haziq B. Azhar.

Pelbagai acara telah dijalankan sempena Minggu Paradigma Pelajar Baru Sesi 1 2020 dan majlis penyampaian hadiah dan cenderamata telah diadakan seperti Ikon-Ikon Sepanjang Minggu Paradigma Sesi 1 2020. Kategori Ikon Seni Kreatif dimenangi oleh Archana V Selvakumar, Ikon Displin dimenangi oleh Nor Adnin Bt Mior Mohd Amin, Ikon Pemimpin Cemerlang dimenangi oleh Mohd Hakim B. Kasim, Ikon Imam Muda dimenangi oleh Putra Nor Syahril Yusri B. Nor Othman dan Ikon Gaya Hidup Sihat dimenangi oleh M Kalistar Kundang A/K Mullen.

Majlis telah disempurnakan oleh Encik Md. Isa B. Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar dan antara objektif program adalah untuk membantu pelajar-pelajar ini menyesuaikan diri menjalani kehidupan sebagai pelajar berkemahiran dan membantu menyesuaikan diri dalam mengurus diri bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

Read 1076 times
 
Find us on Facebook
Follow Us