Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 23 January 2020 15:11

LAWATAN PEMANTAUAN BERKALA PENGARAH DAN PENGURUSAN TERTINGGI IKBN KINARUT MISI MENINGKATKAN KUALITI LATIHAN

Written by

 

 

LAWATAN PEMANTAUAN BERKALA PENGARAH DAN PENGURUSAN TERTINGGI IKBN KINARUT MISI MENINGKATKAN KUALITI LATIHAN

 

 

 

KINARUT, 22 JANUARI 2020 ; Misi Pihak Pengurusan Tertinggi IKBN Kinarut untuk meningkatkan kualiti Latihan di institusi berkenaan dizahirkan melalui lawatan pemantauan berkala yang bermula pada 21 hingga 22 Januari 2020.

 

Aktiviti ini akan terus dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa oleh Pengarah bersama Timbalan-Timbalan Pengarah sebagai salah satu mekanisme bagi memacu peningkatan kualiti latihan di IKBN Kinarut.

 

Antara fokus lawatan pemantauan ini adalah untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh ditambahbaik dalam operasi latihan disamping usaha-usaha peningkatan kepuashatian pelajar dengan meningkatkan kualiti persekitaran yang lebih kondusif.

 

Pn Pengarah mengharapkan agar semua kakitangan Pengajar, sokongan mahupun pelajar memberikan kerjasama serta menjalankan amanah dan tanggungjawab masing-masing bagi merealisasikan misi ini.