Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 23 January 2020 15:14

WARGA IKBN KINARUT BANTU TABUNG DARAH HQE

Written by

 

 

WARGA IKBN KINARUT BANTU TABUNG DARAH HQE

 

 

 

IKBN KINARUT, 22 Januari 2020 ; Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut telah mengadakan kempen menderma darah sebagai sebahagian daripada komitmen sokongan untuk masyarakat dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth Sabah.

 

Seramai 135 orang yang telah mendaftar dalam program ini terdiri daripada pelajar dan kakitangan IKBN Kinarut dan seramai 79 orang penderma sukarela yang berjaya menderma darah.

 

Setiap penderma juga berpeluang berbincang mengenai keadaan kesihatan mereka semasa pendaftaran.

 

Sampel darah juga diambil untuk menentukan peserta yang berkelayakan manakala penderma yang tidak memenuhi kriteria umum untuk menderma darah dibatalkan.

 

Tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk membantu masalah kekurangan bekalan darah di Hospital Queen Elizabeth I. Kempen derma darah ini sememangnya satu kejayaan besar dan ia memberikan mereka peluang untuk mendidik orang pelatih-pelatih IKBN serta untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya darah yang didermakan terutamanya dalam membantu dalam menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukan.