Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 30 January 2020 15:36

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR DARIPADA JABATAN AWAM IKBN KINARUT

Written by

 

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR DARIPADA JABATAN AWAM IKBN KINARUT

 

 

 

PUTATAN, 29 JANUARI 2020 ; Lawatan yang mengambil tempat di St Catherine Church, Putatan merupakan lawatan sambil belajar yang pertama bagi tahun ini ke lapangan sebenar pembinaan untuk Jabatan Awam IKBN Kinarut. Ianya bermatlamat memberi pendedahan terperinci kepada kumpulan peserta berkaitan proses penyediaan rekabentuk dan pembinaan kompleks bangunan jenis rumah ibadat ini.

 

Program ini melibatkan seramai 34 orang pelajar di bawah Jabatan Awam yang terdiri daripada pelajar-pelajar Bahagian Jurubina Bangunan dan Bahagian Pelukis Pelan Senibina. Kumpulan ini diiringi oleh sembilan orang pegawai pengiring.

 

Kehadiran peserta disambut mesra oleh Chairman of The Steering Building Committee of St. Catherine Church, Datuk Stephen Sondoh, The Principles, JK Chartered Architect Sdn. Bhd., Dr. Tan Jun Kwang, Encik Tony Mojigoh dan Encik Dominic Chong. Taklimat tapak disampaikan Encik Ridwan Hadim selaku Architect Designer.

 

Dalam ucapan aluan beliau, Yang Berbahagia Dr. Tan Jun Kwang menjelaskan Senibina (Architecture) adalah suatu bidang yang menggabung jalin seni dengan sains bagi merealisasikan idea dan konsep rekabentuk kepada sebuah binaan yang menarik. Skala dan perkadaran (Scale & Proportion) adalah suatu elemen penting untuk dikuasai oleh seorang perekabentuk supaya dapat menghasilkan rekaan yang bukan sahaja menarik secara estetiknya, malahan jua realistik sari segi kejuruteraan dan pembinaanya.

 

Dalam proses itu, kefahaman berkenaan segala prosedur, peraturan mahupun undang-undang yang sedang dikuatkuasakan pihak berkuasa berkaitan pembinaan juga haruslah difahami sejelas-jelasnya.

 

Program seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa kerana ia sangat bermanfaat dan berguna terutamanya kepada pelajar-pelajar yang bakal menamatkan latihan di IKBN Kinarut, di samping memastikan mutu latihan kemahiran Institut ini sentiasa ditingkatkan supaya selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Adalah diharapkan program lawatan ini dapat memberi perspektif baru di kalangan peserta berkenaan bidang latihan yang sedang mereka ikuti di Institut ini.