Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

SESI PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1/2020

Written by

WAKAF TAPAI, 6 JANUARI 2020 – IKBN Wakaf Tapai telah menerima kemasukan pelajar baru bagi sesi 1/2020. Pelajar-pelajar baru mendaftar masuk ke IKBN Wakaf Tapai bermula jam 9.00 pagi tadi sehingga 12.30 tengahari.

Antara kursus yang ditawarkan pada sesi kali ini ialah Sijil lanjutan Teknologi Mekanikal (kimpalan Arka dan Operasi Fabrikasi Paip), Sijil Teknologi Elektrik (Satu Fasa ) dan Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Lelaki dan Wanita). Sesi Pendaftaran diteruskan lagi dengan taklimat ringkas oleh En. Zaini bin Abd Aziz, Pengarah IKBN Wakaf Tapai serta penerangan ringkas berkaitan bidang yang ditawarkan serta Peraturan-peraturan IKBN Wakaf Tapai oleh Timbalan Pengarah Hale Ehwal Pelajar, En. Hazri Nizam bin Zakaria. Pada ucapan selamat datang oleh Pengarah IKBN Wakaf Tapai, beliau turut mengharapkan komitmen daripada pelajar untuk memastikan mereka dapat mematuhi dan mengikuti setiap peraturan serta jadual pembelajaran yang telah ditetapkan sepanjang mereka mengikuti latihan di IKBN Wakaf Tapai. Majlis berakhir dengan sesi soal jawab dan Ibubapa menggunakan kesempatan ini untuk bertanyakan pelbagai soalan tentang kebajikan dan sistem pembelajaran di IKBN Wakaf Tapai. Majlis berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.

 

A

 

Di sediakan Oleh:

Ahmad Adzrimie Adnan

 

 

 

 
Find us on Facebook
Follow Us