Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 03 February 2020 15:23

BENGKEL PEMBANGUNAN DOKUMEN PERMOHONAN PENTAULIAHAN PROGRAM SLDN IR4WRD

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 2 FEBRUARI 2020 – Satu Bengkel Pembangunan Dokumen Permohonan Pentauliahan Program SLDN IR4WRD telah diadakan pada 31 Januari 2020 hingga 2 Februari 2020 di Makmal Komputer, Akademi SPRM Kuala Lumpur.

Tujuan bengkel ini adalah untuk membangunkan dokumen pentauliahan dari pihak syarikat dan IKTBN Sepang selaku Pusat Latihan yang lengkap serta sistematik. Taklimat ringkas permohonan pentauliahan program disampaikan oleh Dr Wan Nasarudin Bin Wan Jalal, Unit Pentauliahan SLDN Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Syarikat yang terlibat adalah Wafada Technic & Consult Sdn Bhd, Panasonic Devices Malaysia Sdn. Bhd dan Festech Sdn Bhd. Manakala Pusat Bertauliah dari pengajar-pengajar Jabatan Teknologi Elektronik IKTBN Sepang. Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKTBN Sepang, En Hairul Riduan Bin Abdullah.

Read 2341 times Last modified on Khamis, 06 February 2020 15:17
 
Find us on Facebook
Follow Us