Tujuan bengkel ini adalah untuk membangunkan dokumen pentauliahan dari pihak syarikat dan IKTBN Sepang selaku Pusat Latihan yang lengkap serta sistematik. Taklimat ringkas permohonan pentauliahan program disampaikan oleh Dr Wan Nasarudin Bin Wan Jalal, Unit Pentauliahan SLDN Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Syarikat yang terlibat adalah Wafada Technic & Consult Sdn Bhd, Panasonic Devices Malaysia Sdn. Bhd dan Festech Sdn Bhd. Manakala Pusat Bertauliah dari pengajar-pengajar Jabatan Teknologi Elektronik IKTBN Sepang. Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKTBN Sepang, En Hairul Riduan Bin Abdullah.