Print this page
Rabu, 22 January 2020 15:02

BELIA AUTISM MENYERTAI PROGRAM CULLYVENTURE@ILKBS DI IKTBN SEPANG

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 22 JANUARI 2020 Belia autism yang menyertai program Cullyventure@ILKBS di IKTBN Sepang diterapkan dengan kemahiran dalam bidang bakeri secara khusus. Pengajar pakar dalam bidang bakeri Encik Mohd Noor Al-Fahizam bin Berahim dari IKBN Peretak telah dipertanggungjawabkan bagi menyediakan belia autism dengan kemahiran dalam menyiapkan Roti Sosej, Donut dan Roti Coffee manakala Puan Anne Musliana binti Mustapa dari IKBN Alor Gajah merupakan pengajar pakar dalam membuat Roti Red Bean dan Mini Pizza. 

Pelajar akan mengalami sendiri proses pembuatan roti dari mengadun tepung hinggalah ke proses memasukkan roti ke dalam oven. Pengarah IKTBN Sepang, Puan Rosnoizam turut membuat lawatan mengejut pada sesi pembelajaran hari ini sambil menggunakan peluang untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan belia autism yang mengambil bahagian dalam pembuatan Roti Sosej. Pelajar juga turut dilatih dengan perkara asas seperti kebersihan dan pemakaian lengkap chef bakeri termasuklah topi, apron dan kasut yang sesuai. Pelajar turut dibekalkan dengan nota bagi setiap resipi dalam bentuk gambar agar mudah difahami. Proses pembelajaran berjalan dengan lancar di mana setiap pelajar mengambil bahagian dengan minat dan tekun. Diharap program ini akan terus berkembang dan dapat membantu menyediakan peluang pembelajaran dan seterusnya peluang pekerjaan kepada belia autism di Malaysia.

Read 2826 times Last modified on Khamis, 06 February 2020 15:15