Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 24 January 2020 15:08

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA SELAMAT

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 24 JANUARI 2020- Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 24 Januari 2020 pada jam 8.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama. Turut serta dalam majlis ini, Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama Encik Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan dan Puan Siti Hajar Binti Sulaiman, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta para pegawai dan kakitangan.

Dengan izin Allah SWT, diharapkan majlis ini dapat diadakan secara mingguan setiap Jumaat. Majlis ilmiah ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim sesama pegawai dan kakitangan IKBN Seri Iskandar, disamping menghadiahkan doa-doa kepada kedua ibubapa, sanak-saudara, anak-anak dan sahabat-handai sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan roh mereka dalam golongan hambaNya.

Read 1031 times
 
Find us on Facebook
Follow Us