Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 27 January 2020 15:11

MAJLIS ANGKAT SUMPAH INTEGRITI OLEH PEGAWAI DAN KAKITANGAN IKBN SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 24 JANUARI 2020 - Majlis Angkat Sumpah Integriti (“Integrity Pledge”) oleh semua Pegawai dan Kakitangan IKBN Seri Iskandar telah diadakan pada 24 Januari 2020 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Majlis angkat sumpah ini dilafazkan beramai-ramai dengan disaksikan oleh Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar.

Lafaz ikrar ini telah diketuai oleh Encik Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan dan diikuti dengan menandatangani surat akur janji.  

Majlis Angkat Sumpah ini merupakan satu platform untuk membuktikan sokongan dan langkah pro-aktif seluruh warga kerja IKBN Seri Iskandar terhadap usaha pencegahan rasuah oleh Kerajaan Malaysia serta pematuhan terhadap prinsip integriti, telus dan tadbir urus yang baik.

Melalui majlis ini, kepentingan warga IKBN Seri Iskandar untuk memerangi gejala rasuah di dalam memberi perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat dengan penuh amanah ditekankan.

Read 993 times
 
Find us on Facebook
Follow Us