Print this page
Isnin, 27 January 2020 15:13

MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DARI UNIT KEWANGAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 24 JANUARI 2020 - Majlis Perpisahan Pegawai dari Unit Kewangan, Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan IKBN Seri Iskandar telah diadakan pada 24 Januari 2020 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat. Majlis dihadiri oleh Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama Encik Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Dan Puan Siti Hajar Binti Sulaiman, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta para pegawai dan kakitangan memenuhi ruang bilik mesyuarat.

Majlis ini diadakan juga bagi meraikan Cik Malarwilly a/p Supramaniam diatas pertukarannya ke Pejabat Tanah Dan Daerah, Batu Gajah, Perak yang berkuatkuasa pada 1 Februari 2020.

Dalam menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberi oleh beliau yang pernah berkhidmat di Unit Kewangan sebelum ini, urusetia majlis telah menyediakan cenderahati sebagai tanda penghargaan.

Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau yang akan bertugas di tempat baru.

Read 1074 times
Find us on Facebook
Follow Us