Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 04 February 2020 17:07

PUPUK SEMANGAT BERSUKAN, KARNIVAL SUKAN IKBN SERI ISKANDAR MERIAH!

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 1 FEBRUARI 2020  Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSIP) telah menganjurkan Karnival Sukan baru-baru ini sebagai memupuk semangat bersukan dalam kalangan kakitangan dan para pelajar. Bertempat di IKBN Seri Iskandar, karnival tersebut disertai semua jabatan, cawangan dan unit.

Dikenali sebagai Karnival Sukan KESKEB, karnival itu menyenaraikan lima acara sukan iaitu Futsal Padang, Bola Jaring, Dam Haji, Congkak, Karom Dan Badminton bagi acara pelajar.

Semua pasukan berentap dalam semua acara dipertandingkan pada karnival sehari itu.

Karnival yang buat julung kalinya turut menyaksikan pasukan Tuan Pengarah ternyata jauh lebih gah berbanding pasukan lain.

Hadir sama Encuk Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar dan Encik Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan.

Karnival sukan tersebut antara lain bermatlamat mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan, selain mempromosikan aktiviti kesukanan sebagai aspek yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan kesihatan.

Read 1160 times Last modified on Khamis, 06 February 2020 17:18
 
Find us on Facebook
Follow Us