Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 06 February 2020 17:15

PROGRAM MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN IKBN SERI ISKANDAR, PERAK SIRI 1/2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 3 FEBRUARI 2020 – Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKBN Seri Iskandar, Perak Siri 1/2020 berlangsung selama 2 hari mulai 3 hingga 4 Februari 2020 bertempat di Dewan Dato’ Maharaja Lela IKBN Seri Iskandar, Perak. Program ini melibatkan seramai 243 orang pelajar dan 69 orang kakitangan yang bertugas di IKBN Seri Iskandar, Perak.

Terlebih dahulu, Pengarah IKBN Seri Iskandar, Tuan Mad Isa bin Ibrahim turut sama merasmikan Majlis Pembukaan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Siri 1/2020 yang dihadiri oleh seluruh warga IKBN Seri Iskandar, Perak.

Terdapat 5 Agensi iaitu PDRM Daerah Perak Tengah, LPPKN Ipoh, PERKESO Negeri Perak, Klinik Pergigian Seri Iskandar dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Perak yang terlibat secara langsung dalam menyampaikan maklumat yang berkait rapat dengan isu-isu keselamatan dan pekerjaan di masa kini.

Melalui program ini, seluruh warga IKBN Seri Iskandar telah didedahkan dengan lebih meluas lagi perkara-perkara berkaitan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, aspek dan etika pemanduan berhemah, kepentingan faktor kesihatan diri dan banyak lagi isu-isu menarik berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat disampaikan dengan jayanya.

Read 1134 times
 
Find us on Facebook
Follow Us