Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 06 February 2020 17:31

LAWATAN YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA (YATIM) SEMPENA PROGRAM OPENING YOUNG EYES (OYEs!)

Written by
Rate this item
(0 votes)

YATIM

4 Februari 2020, (Selasa) - IKBN Peretak telah menerima lawatan dari Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (YATIM) sempena Program Opening Young Eyes (OYEs!). Peserta lawatan terdiri daripada 40 orang pelajar dikalangan pelajar tingkatan 4 dan 5 dari SMK sekitar Hulu Selangor, 10 orang guru pengiring dan juga 2 pegawai dari YATIM sendiri.

Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Peretak, mengalu-alukan kehadiran para peserta dan seterusnya menggunakan kesempatan lawatan ini dengan mempromosikan serta memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kursus-kursus yang ditawarkan serta kelebihan menyambung pengajian di IKBN Peretak dan secara keseluruhan berkenaan institusi ini.

Lawatan dimulakan dengan taklimat promosi yang disampaikan oleh Pn. Suellen binti Muhamad Sharif, selaku Pegawai Unit Latihan Industri (CHI). Kemudiannya, semua peserta serta pegawai pengiring dibawa berkunjung ke setiap Jabatan yang ada iaitu Jabatan Hospitaliti, Jabatan Tekstil dan Jabatan Personal yang diketuai oleh Pengajar dari setiap Jabatan masing-masing. Semasa kunjungan ke jabatan, para pengajar memberikan penerangan secara lebih terperinci berkenaan setiap jurusan yang ditawarkan serta menunjukkan produk-produk yang telah dihasilkan oleh para pelajar sedia ada.

Lawatan berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Disediakan oleh:
Puan Salimah Binti Abdul Latif,

Unit Promosi & Dokumentasi, Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Peretak.

Read 541 times
 
Find us on Facebook
Follow Us