Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 07 February 2020 14:41

LAWATAN PELAJAR IKBN KINARUT KE STESEN JANAKUASA HIDRO PANGI

Written by

 

 

LAWATAN PELAJAR IKBN KINARUT KE STESEN JANAKUASA HIDRO PANGI

 

 

 

TENOM ; Seramai 9 orang pegawai dan 22 orang pelajar semester 7 daripada Jurusan Penjaga Jentera Elektrik A4 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Stesen janakuasa Hidro Pangi, Tenom pada 06 Februari 2020 yang lalu.

 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam sejauh kira-kira 160km melalui jalan tambunan. Setibanya di stesen janakuasa program dimulai dengan taklimat dan penerangan oleh Jurutera Stesen diikuti dengan ucapan daripada En. Mohd Yasser Bin Ayob Ketua Jabatan Elektrik IKBN Kinarut.

 

Tujuan lawatan ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar jurusan A4 secara umumnya berkaitan sistem janakuasa hidro. Pelajar juga didedahkan secara teknikal berkaitan operasi janakuasa hidro yang lengkap bermula daripada sumber penggerak janakuasa, penjanaan tenaga dan sistem penghantaran tenaga kepada Pusat Penghantaran Beban (Load Dispatch Centre).

 

Selain itu program ini juga dapat menjalinkan hubungan industri diantara pihak SESB dan IKBN Kinarut secara amnya sekaligus dapat meneruskan kesinambungan proses latihan kemahiran yang berkesan dan berdaya saing.