Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Majlis Doa Selamat Dan Perpisahan Penghuni Kuarters

Written by
Rate this item
(1 Vote)

 

CHEMBONG : 6 Februari 2020 - Tradisi rewang untuk persediaan majlis-majlis diteruskan dengan meriah di sini hari ini. Seawal 5.00 petang, para penghuni kuarters telah mula menyediakan bahan-bahan untuk menu ringkas juadah jamuan untuk malam ini iaitu bihun Singapore, sambal kicap, ayam goreng, tembikai dan air Sarsi. Kelihatan kaum bapa yang masih dengan pakaian kerja, ibu-ibu bersama bayi dan anak-anak kecil bekerjasama memasak sambil bergaul mesra. Selepas azan maghrib para penghuni kuarters lelaki berkumpul untuk menunaikan solat maghrib berjemaah, bacaan yaasin dan doa selamat untuk semua penghuni kuarters dan solat isyak berjemaah. Selepas itu kaum ibu mula menyertai majlis bersama anak-anak.

Acara rasmi dimulakan dengan ucapan aluan pengacara majlis En. Yazid bin Aziz. Majlis seterusnya menjemput En. Aleff Sahawaludin bin Harun selaku Pengerusi Kuarters untuk menyampaikan ucapan serta mengiringi Puan Suriani Hasan, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan untuk menyampaikan hadiah dari penghuni kuarters kepada En Farizan bin Mistam yang akan berpindah ke IKTBN Pagoh, En Oon bin Kanan yang telah bersara serta Puan Amall Raihan bin Abd Razak yang berpindah ke Senawang.

Semua hadirin kemudiannya mula menikmati pelbagai juadah yang dimasak bersama-bersama disamping sumbangan potluck individu dari aneka jenis desert dan snacks yang lazat di dalam khemah yang disediakan dan kawasan garaj blok kuarters. Terima kasih kepada Jawatankuasa Kuarters yang berjaya mengatur pelbagai acara menarik dan berfaedah Acara seperti ini amat baik dan wajar diteruskan dengan lebih kerap lagi bagi menggalakkan gaya hidup seimbang bersama masyarakat untuk mengeratkan silaturrahim dan semangat kerjasama dikalangan penghuni termasuk anak-anak.

 

Sumber Oleh:

Hjh Suriani binti Hasan
Penghuni Kuartes IKTBN Chembong

 

 

Read 868 times
 
Find us on Facebook
Follow Us