Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 10 February 2020 14:35

PROGRAM PENJELAJAHAN LASAK ARPRM IKBN NAKA SIRI 1/2020

Written by
Rate this item
(1 Vote)

Naka, 10 Febuari 2020 - Program Penjelajahan Lasak ARPRM IKBN Naka Siri 1/2020 telah diadakan pada 6-8 Feb 2020 di Ulu Legong, Baling, Kedah. Program selama 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh 13 orang Pegawai, 3 orang pelajar praktikal dan 82 orang pelajar IKBN Naka yang sedang melengkapkan Komponen Penjelajahan Lasak bagi Anugerah Emas, Perak dan Gangsa.

Seramai 10 orang pelajar yang sedang melengkapkan Anugerah Emas telah diberi kepercayaan untuk mengetuai 8 kumpulan pelajar tersebut. Pada masa yang sama juga seramai 3 pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal di IKBN Naka turut menyertai program ini bagi Anugerah Gangsa. Pada keseluruhannya kesemua peserta program ini telah melalui beberapa aktiviti seperti Pengenalan Peta dan Orientering, Jungle Tarcking, Asas Ikatan Tali, Komunikasi dan Survival disamping aktiviti Solat Berjemaah dan Tazkirah.

Diakhir program Pengarah IKBN Naka, En. Mohd Ridzuan bin Wan Abdullah Zawawi telah menyempurnakan Majlis Penutup program ini.  Para pelajar IKBN Naka juga telah dapat menimba pengalaman yang sangat bermakna bagi mereka.

 

 

Read 533 times Last modified on Isnin, 10 February 2020 14:43
 
Find us on Facebook
Follow Us