Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 17 February 2020 07:29

LATIHAN ONSITE PELAJAR IKTBN TEMERLOH DI ARENA MOTORSPORT ANTARABANGSA

Written by
Rate this item
(1 Vote)

10-17 FEBRUARI 2020: Seramai 9 orang pelajar semester akhir program Sijil Lanjutan Teknologi Sukan(Sukan Bermotor 4 Roda) telah diberi peluang melaksanakan latihan secara amali atau ‘on-site’ bersama pasukan Viper Niza sebagai krew teknikal pasukan tersebut. Pelajar tersebut yang diringi oleh pegawai pengajar telah membantu pasukan Viper Niza dari segi teknikal dalam penyertaan pasukan tersebut di dalam pertandingan peringkat antarabangsa iaitu Asia Le Man & TCR Malaysia Championship 2020. Pertandingan tersebut yang telah berlangsung selama 4 hari dan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Pelajar yang terlibat sebagai krew teknikal pasukan tersebut telah diberi peluang melibatkan diri dalam peringkat persediaan sebelum, ketika perlumbaan dan setelah tamat pertandingan.

Penglibatan pelajar secara langsung dengan dunia sebenar ketika masih dalam latihan adalah bagi melengkapi keperluan modul latihan yang telah ditetapkan. Secara tidak langsung, pelajar ini telah diberi peluang untuk merasai keadaan sebenar dalam bidang sukan permotoran 4 roda dan menjadikan pelajar lepasan IKTBN Temerloh mempunyai kualiti latihan yang diperlukan di dalam bidang tersebut. Semoga dengan latihan seperti ini, dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar tersebut dalam mendapat pekerjaan kerana telah memahami dan menjalani latihan dengan keadaan sukan permotoran sebenar.

Read 161 times
 
Find us on Facebook
Follow Us