Print this page
Khamis, 13 February 2020 16:08

PERBINCANGAN DUA HALA IKTBN SEPANG DAN MOLTEC PRECISION SDN BHD

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 13 FEBRUARI 2020 – Perbincangan Dua Hala antara IKTBN Sepang dan Moltec Precision Sdn Bhd. Moltec Precision Sdn Bhd merupakan salah sebuah syarikat besar dalam mengeluarkan ‘plastic injection mould’ di Malaysia. Pengeluaran ‘mould’ dalam skala antara 20 ke 30 “mould” sebulan melibatkan proses ‘introducton and quotation” hingglah ke ‘machining process/trial/measurement/packaging and shipment’.

IKTBN Sepang berpeluang mengadakan perbincangan dua hala dengan Moltec Precision Sdn Bhd. IKTBN Sepang diketuai oleh Ketua Cawangan Hubungan Industri (CHI), Dr. Mohd Aidil Shah bin Abdul Rahim dan Ts. Mohd Amiruddin bin Tajudin bersama Ketua Jabatan Pembuatan (Perkakasan) dan Ketua Jabatan Pemesinan, Ts. Mohamad Huzaimi bin Abdullah dan Ts. Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam manakala pihak Moltec diwakili oleh Encik Thran Kien Keong (Executive Director) dan Encik Erick (HR).

Perbincangan dimulakan dengan maklumat umum Moltec dan seterusnya Encik Amiruddin telah menayangkan video korporat IKTBN Sepang serta tayangan ‘slide’. Perbincangan berkisar kepada latihan industri (LI), SLDN, Bootcamp dan Kursus Separuh Masa. Moltec dimaklumkan dengan maklumat berkenaan program SLDN yang sedang banyak diamalkan di industri dalam meningkatkan kemahiran pekerja sedia ada ke satu tahap yang lebih tinggi dengan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1, 2, 3 hingga Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) melalui HRDF. Program SLDN boleh dijalankan di bawah satu bumbung jika syarikat tidak bersedia untuk melepaskan pekerja ke institut. Moltec juga dimaklumkan berkenaan program Bootcamp yang boleh membantu syarikat dalam mencari belia yang sedang mencari pekerjaan.

IKTBN Sepang boleh bertindak sebagai perantara dalam menyediakan belia tersebut dengan teori dalam bidang berkaitan sebelum diserapkan sebagai pekerja syarikat. Encik Keong menyatakan minat beliau kepada program SLDN dan LI dan berharap akan ada kerjasama yang berterusan di masa hadapan.

Read 3011 times Last modified on Rabu, 19 February 2020 16:13